Salam semua.. selamat pagi dan selamat kembali ke sekolah. Semoga tahun 2013 ni menjanjikan kejayaan dan kecemerlangan kepada kita semua. Kat bawah ni , ira de upload contoh evidens dan RPH KSSR PJ Tahun 3 yang dibuat oleh para pserta Kursus Induksi dan Penyebaran KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 3 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Johor. Jadi mana2 cikgu yg nak wat in house training or bau belajar nak mengjar KSSR PJ Tahun 3, bahan ni mungkin membantu anda.. selamat berjaya semua!
Contoh Evidens dan RPH KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
Liquid Rainbow Of My Dreams
Life isn't about finding yourself.Life is about creating youself
Friday, December 28, 2012
Contoh Evidens dan RPH KSSR PJ Tahun 3
Wednesday, November 7, 2012
Bahan KSSR PJ Tahun 3
Salam semua.. Ni bahan yang boleh digunakan oleh guru2 untuk wat in house training Kursus KSSR PJ Tahun 3 kat sekolah masing2. Harap bahan ini dapat memberi manfaat kepada semua guru. Selamat ber'In House Training".
1. PBS - Membudayakan PBS di sekolah Download
2. Konsep KSSR Download
3. Konsep KSSR Pendidikan Jasmani Download
4. Buku Panduan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi Merentas Kurikulum Download
5. Buku Panduan Elemen Kreativiti Merentas Kurikulum Download
6. Buku Panduan Elemen Keusahawan Merentas Kurikulum Download
7. PBS - Contoh Borang Prestasi Murid (Berkelompok/1Kelas) Pendidikan Jasmani Tahun 3Download
8. PBS - Contoh Borang Prestasi Murid (Individu) Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
9. PBS - Pengurusan Kes Khas Download
10. PBS - Mesyuarat JK PBS Sekolah Download
11. Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
12. Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
13. PBS - Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
14. PBS - Contoh Instrumen/Evidens Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
15. Video Backward Roll/Guling Belakang Download
16. Contoh Penulisan Rancangan Pengajaran Harian PJ Tahun 3 Download
17. Taklimat Kecergasan Download
18. PBS - Isu PBS Download
19. PBS - SPPBSDownload
20. Taklimat Umum KSSR Download
21. Taklimat Elemen Merentas Kurikulum Download
22. Lagu Pergerakan Berirama KSSR PJ Tahun 3 Download
23. Contoh Borang Penilaian Pergerakan Berirama PJ Tahun 3 Download
24. Video Pergerakan Berirama - Merry Go Round Download
25. Video Pergerakan Berirama - Round The Clock Download
1. PBS - Membudayakan PBS di sekolah Download
2. Konsep KSSR Download
3. Konsep KSSR Pendidikan Jasmani Download
4. Buku Panduan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi Merentas Kurikulum Download
5. Buku Panduan Elemen Kreativiti Merentas Kurikulum Download
6. Buku Panduan Elemen Keusahawan Merentas Kurikulum Download
7. PBS - Contoh Borang Prestasi Murid (Berkelompok/1Kelas) Pendidikan Jasmani Tahun 3Download
8. PBS - Contoh Borang Prestasi Murid (Individu) Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
9. PBS - Pengurusan Kes Khas Download
10. PBS - Mesyuarat JK PBS Sekolah Download
11. Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
12. Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
13. PBS - Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
14. PBS - Contoh Instrumen/Evidens Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
15. Video Backward Roll/Guling Belakang Download
16. Contoh Penulisan Rancangan Pengajaran Harian PJ Tahun 3 Download
17. Taklimat Kecergasan Download
18. PBS - Isu PBS Download
19. PBS - SPPBSDownload
20. Taklimat Umum KSSR Download
21. Taklimat Elemen Merentas Kurikulum Download
22. Lagu Pergerakan Berirama KSSR PJ Tahun 3 Download
23. Contoh Borang Penilaian Pergerakan Berirama PJ Tahun 3 Download
24. Video Pergerakan Berirama - Merry Go Round Download
25. Video Pergerakan Berirama - Round The Clock Download
Tuesday, March 27, 2012
Photoshoot Idea Comel
Salam n selamat malam.. dah lama rasanya tak tulis blog nie. sory la kawan2 semua ek, ira terlalu sbuk ng tugasan di sekolah. Skrng ni pun masih banyak kerja yg belum disiapkan. Entah bila plak nak start wat kerje yg tertunggak tue(tunggu mood kerja ader datang mencurah2 le jawabnyer..hehehe..)
Ari tue.. tangan ni rajin je cari2 gmbr2 photoshoot wedding or post wedding yg menarik. Bukan per, ira n en suami ni suka sngt bergmbar. Saja suka2(bajet comelkan.. hahahah).Jadi kami pun bercadang nk ambik gmbar after lens camera dah siap dicuci nnt (Ceptlah cuci lens i tue wahai NIKON CENTER..). T gmbr2 ni nak gantung2 kat dinding umah yg kosong tua. so nilah antara photoshoot yng mnarik tok dijadikan contoh terbaik tok ambik gmbr nnt.(from www.oneeyeclick.com)
Gudang ikea. Like us |
the best photoshoot.... |
Manual Software SEGAK
Salam semua.. memandangkan skrg ni musim pengisian Data SEGAK Penggal1/2012, jadi ramai jugak la yg bertanya ttg cara nak isi data/markah murid dalam sofware tue.. kat sini ira ader upload buku manual penggunaan sofware tye.. cuma buku ni tok versi lama. tapi masih boleh dipakai. Aper yg penting semasa pengisian data SEGAK.. korang mestilah
1. "Daftar sekolah"(cari kod sekolah, n klik "Kemaskini"- masukkan daerah sekolah masing2)
2. "Import Data HEM Versi 4"(Pastikan korang dah letakkan folder HEM di folder'C sebelum klik item ini)
3. "Daftar Maklumat Ujian" (buat utk setiap kelas mengikut jantina)
4. Masukkan data seperti biasa
5. Jika perlu tukar kelas murid, klik pada "Kemaskini Data Murid" kemudian klik pada "5.2Tukar Kelas Pelajar"- lakukan pertukaran kelas di situ
Download Manual Pengisian Data SEGAK
1. "Daftar sekolah"(cari kod sekolah, n klik "Kemaskini"- masukkan daerah sekolah masing2)
2. "Import Data HEM Versi 4"(Pastikan korang dah letakkan folder HEM di folder'C sebelum klik item ini)
3. "Daftar Maklumat Ujian" (buat utk setiap kelas mengikut jantina)
4. Masukkan data seperti biasa
5. Jika perlu tukar kelas murid, klik pada "Kemaskini Data Murid" kemudian klik pada "5.2Tukar Kelas Pelajar"- lakukan pertukaran kelas di situ
Download Manual Pengisian Data SEGAK
Monday, February 6, 2012
Cegah Kanser Tulang
Salam
semua.. bercerita ttg kanser tulang ni buat ira teringat pada seorang
murid skolah ira. Murid tersebut baru berumur 10 tahun (Tahun 4) tapi
tlah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap kanser tulang. Sehingga skrg,murid tersebut masih di hospital bagi
menjalani sesi rawatan kanser tulang ni.
Bila
teringatkan ttg kisahnya amat menyedihkan. Kisahnya bermula apabila
murid tersebut tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang di depan bilik sukan
sekolah. Setelah beberapa minit, murid tersebut masih tidak bangun2
dari longkang tersebut. Guru yang terlihat kejadian itu berasa sungguh
pelik dan terus meluru ke arahnya. Guru tersebut menyuruhnya bangun sendiri memandangkan dia guru lelaki. Namun murid itu tidak juga bangun. Ketika dibangunkan dari longkang, murid tersebut meraung kuat. Tidak
seperti biasa. Pelik.. sgt pelik. Murid tersebut terus dibawa ke hospital.
Di
hospital, doktor mengesahkan bahawa tulang kaki murid tersebut telah
patah. Apabila diperiksa, rupanya-rupanya murid tersebut menghidap
kanser tulang. Tulang kaki murid tersebut tiba-tiba hilang upaya ketika
melangkah longkang. Patutlah
murid itu tidak dapat melangkah longkang itu walaupun longkang tersbut
sangat kecil dan mampu dilangkah oleh mana-mana murid. Mengikut cerita
ibubapanya, murid itu sering mengadu kakinya sakit dan lenguh. Ibubapanya mengganggap ianya perkara biasa
dan hanya urutan biasa sahaja diberikan. Setelah kes ini, barulah ibubapanya tahu bahawa anaknya telah lama menghidap kanser tulang.
Bagaimana kanser tulang boleh terjadi? Sememangnya apabila bercakap tentang penyakit tulang, ramai orang
terfikirkan penyakit osteoporosis yang menyebabkan tulang rapuh, namun
kanser tulang merupakan penyakit tulang yang perlu diambil perhatian.
Tambah pula kanser tulang primer lazim terjadi pada kanak-kanak.
Media pada 2001 pernah melaporkan nisbah satu dalam 100,000 penduduk
didapati menghidap kanser tulang setiap tahun. Walaupun penyakit
kanser ini kurang terjadi berbanding penyakit-penyakit kanser yang lain,
namun ia masih perlu dirawat segera sebelum terlambat. Kanser tulang
yang lewat dirawat boleh menyebabkan tulang retak dan akhirnya membawa
maut.
Menurut Pengarah Perubatan dan Perunding
Onkologi Klinikal Pusat
Perubatan Antarabangsa Wijaya, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim A. Wahid,
terdapat dua jenis kanser tulang. Pertama, kanser tulang primer bermula
daripada tulang manakala kanser tulang sekunder ialah kanser yang
merebak ke tulang.
Jenis
Kanser tulang primer biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan individu
bawah 30 tahun manakala kanser tulang sekunder pula banyak terjadi
kepada orang dewasa dan tua.
“Setakat ini punca kanser tulang terjadi dan bagaimana mekanismenya
masih tidak diketahui. Jika kanser yang lain seperti kanser paru-paru ia
mungkin disebabkan oleh amalan menghisap rokok. Kanser payu dara pula
mungkin disebabkan oleh pengambilan lemak dalam pemakanan,” ujar
Mohamed Ibrahim.
Jelas beliau, kanser yang ‘memakan’
tulang akan menyebabkan komposisi
tulang kurang padat dan menjadi reput lalu menyebabkan tulang mudah
retak. Jika tulang belakang retak seperti dalam kes kanser tulang
sekunder,
keadaan itu boleh menyebabkan saraf tunjang tertekan atau tersepit
sekali gus boleh menyebabkan lumpuh. Mengenai kanser tulang primer,
Mohamed Ibrahim berkata, ia paling
banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia lapan hingga 12
tahun. Ia masih boleh terjadi kepada orang dewasa namun sangat
jarang.Bahagian tulang lutut merupakan antara kawasan yang paling banyak
berlaku kanser iaitu kira-kira 60 peratus, diikuti 15 peratus di kawasan
punggung, 10 peratus di bahu dan kurang lapan peratus di bahagian
rahang.
Antara simptomnya ialah apabila terasa
sakit dan bengkak yang semakin membesar pada bahagian tulang yang
diserang kanser.“Misalnya, ibu bapa boleh mengesan anak mereka mungkin
mendapat
kanser tulang dengan melihat terdapat bengkak di bahagian lutut sehingga
kanak-kanak itu berasa sakit dan sukar atau bermasalah untuk berjalan.
Bengkak biasanya keras kerana ia berpunca daripada bahagian tulang.
“Jika kanser berlaku pada tulang tangan,
pesakit mungkin berasa sakit
apabila menggunakan lengan tangan ketika melakukan aktiviti menggunakan
anggota itu,” katanya. Bagaimanapun, peluang untuk pesakit kanser
tulang primer sembuh lebih cerah jika ia masih berada di tahap pertama
atau awal.
Kanser tulang sekunder pula banyak berlaku pada bahagian tulang
belakang, tulang rusuk dan tengkorak. Ia biasanya dianggap sebagai
kanser tahap empat kerana kanser telah merebak daripada satu bahagian
lain ke tulang.
Mohamed Ibrahim memberitahu, kanser tulang primer dan kanser tulang
sekunder mempunyai perbezaan karakter dan doktor membezakannya dengan
karakter tersebut.
“Jika imbasan sinar-X pada tulang menghasilkan imej seperti sinar
matahari pada tempat kanser, itu menandakan kanser tulang primer.
Sementara kanser tulang sekunder pula akan menunjukkan gambaran tulang
hancur atau berlubang-lubang dengan kesan seperti digigit atau dimakan,”
jelasnya.
Rawatan
Berhubung rawatan, Mohamed Ibrahim memberitahu, bagi kanser tulang
primer, rawatan sebaiknya yang perlu dilalui pesakit ialah pembedahan,
kimoterapi dan radioterapi.
“Kalau zaman dahulu, bila sesuatu tempat itu ditumbuhi kanser,
anggota badan itu akan dipotong. Kalau kena pada kaki, kaki akan
dipotong. Namun, sekarang tidak radikal lagi. Terdapat pembedahan
seperti limb salvage surgery, satu kaedah pembedahan yang hanya
membuang bahagian yang terkena kanser dan mengekalkan anggota yang sedia
ada. Terdapat juga rawatan tulang prostesis untuk membina semula
tulang,” katanya.
Bagi kanser tulang sekunder, rawatan
yang sama juga diperlukan namun
pesakit turut diberikan rawatan tambahan menerusi pengambilan
bisphophanat.Bahan tersebut membantu membaiki tulang dengan meningkatkan
aktiviti osteoblast yang bertindak membaiki semula tulang.
“Dalam pertumbuhan tulang, ia melibatkan tindakan dua sel tulang
iaitu osteoklast dan osteoblast. Osteoklast bertindak memakan tulang dan
osteoblast membina semula tulang. Apabila kanser tulang berlaku,
osteoklast bertindak lebih aktif, lalu pengambilan bisphopanat sama ada
secara suntikan atau oral membantu meningkatkan aktiviti osteoblast,”
ujarnya sambil memberitahu contoh-contoh kanser yang sering merebak ke
tulang ialah kanser prostat, paru-paru dan serviks.“Banyak juga kes di mana pesakit hanya mengetahui mereka menghidap
kanser lain setelah dikesan mempunyai kanser tulang,” tambahnya.
Jadi.. adalah perlu untuk kita sentiasa
berwaspada ttg kesihatan tubuh badan kita.. Jgn lupa minum banyak susu
selalu. Amalkan minum susu setiap hari.. Adios..
Saturday, February 4, 2012
How To Make Your House Feel Like Home?
Mesti korang cakap kenapa mesti
bagi
title cam tue kan? hahaha.. mmg betul pun.. even kita duk umah tapi kita
masih rasa rumah tue tak selasa nak duduk kan. Balik dari kerja.. ingat
nak rest2 kat umah.. tapi lain plak jadinya, makin berserabut ader la.
So.. adalah menjadi satu kewajipan pada kita untuk memastikan rumah kita
berasa selesa, teratur, dan selamat untuk kita tinggal. Duk kat sekolah
pun, rasa tak sabar2 nak balik rumah untuk berehat dengan tenang.
Pastikan rumah adalah tempat pertama kita tuju bila kita rasa serabut
dengan sesuatu. Tak payah la nak g pub ker, karoke ker, or tempat2 yang
sepatutnya kita tuju. Coz tempat2 tue semua bising, bukan leh wat korang
tenang pun. Ira pun sekarang berusaha
menjadikan my house fell like home!.. Kat sini ader beberapa katalog
dari IKEA yg bleh jadi contoh untuk ubah rumah walaupun dalam ruangan
kecil.
Sukan Satu Jihad
Dipetik dari KOSMO (5 Februari 2012)
Ruqaya merupakan atlet wanita Islam yang menutup aurat ketika beraksi pada temasya Sukan Olimpik Beijing |
‘SUKAN adalah antara jihad umat Islam di dunia’. Agak pelik bunyi kenyataan ini tetapi ia mempunyai pengertian tersendiri.“Ini kerana pengorbanan dan kesungguhan yang dicurahkan atlet demi
untuk mengharumkan nama negara di persada dunia sukan adalah satu bentuk
jihad walaupun ia tidak sehebat jihad di medan perang,” kata Ketua Unit
Hal Ehwal Islam Cawangan Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN),
Ustaz Mohammad Hasnol Bakar.Dia menambah, definisi jihad jangan disalah anggap kerana ia mempunyai pengertian yang luas.
“Jihad dalam pengertian dunia moden sekarang ialah pengorbanan tenaga
yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai kemakmuran dan
keunggulan yang mendatangkan manfaat kepada ummah.
“Dan sukan juga adalah salah satu bentuk jihad umat Islam di akhir
zaman jika kena dengan niatnya dan tidak bercanggah dengan ajaran
Islam,” jelasnya.
Malah menurut Muhammad Hasnol, sejarah membuktikan bahawa pemimpin
agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad sendiri pernah berdakwah mengunakan
medium sukan.
“Ini berlaku apabila Nabi telah dicabar beberapa kali oleh ahli gusti
dari kaum Quraish di Makkah yang bernama Rukanah Abu Yazid untuk
bergusti dengannya dan sanggup memeluk Islam jika Nabi mampu
mengalahkannya dalam tiga pusingan.
“Baginda menyahut cabaran itu dan kemudian menewaskan Rukanah. Ini
secara tidak langsung membuktikan bahawa umat Islam pada zaman itu
mempunyai kekuatan fizikal kerana mengamalkan aktiviti bersukan dalam
kehidupan mereka,” katanya.
Menurut Muhammad Hasnol lagi, Nabi pernah menyertai
sahabat-sahabatnya untuk bermain panah malah pernah berlumba kuda dengan
isteri baginda, Siti Aishah.
Menutup aurat tidak menghalang seseorang atlet bersaing untuk mencapai kemenangan |
“Bagaimanapun, batas-batas seperti pergaulan bebas antara lelaki dan
wanita sehingga mendatangkan kemudaratan pada jiwa, akal dan emosi
perlulah diambil berat agar ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam,”
katanya.
“Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ini tidak
menghalang atlet yang menutup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan
mencapai kemenangan,” katanya.
Ini terbukti pada Sukan Olimpik XXIX Beijing baru-baru ini, di mana
beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran
dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir tetap menutup aurat mereka walaupun
sedang bertarung.
Contoh lain ialah pelari dari Bahrain, Roqaya al-Ghasara yang
bertudung tetapi masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi pada
Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006.
Muhammad Hasnol berkata negara Islam perlu menggiatkan sukan di
kalangan rakyatnya sendiri dan menjadikan sukan sebagai alat untuk
memajukan diri di peringkat antarabangsa.
“Walaupun negara Islam telah mewujudkan Sukan Perpaduan Negara Islam
yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 di Arab Saudi namun ia belum
mencapai tahap yang boleh dibanggakan oleh seluruh umat Islam,” katanya.
– Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)