Saturday, January 28, 2012

Budimu Kukenang

Ayah Se + Kak Teh  + Kak Ila +  me di kebun Tok Ayah
Assalamualaikum.. hello mello to all of you.. post ni dibuat khas to pak sedara aka En Kamalullisan Omar aka pengasuh ira masa kecik. Menurut cerita bonda Saniah Omar,  En. Kamalullisan atau lebih dikenali ng panggilan "Ayah Se" nilah  yg bersusah payah menjaga ira semasa kecik2 dlu. Ayah Se ni jugak merupakan pak sedara ira yg paling hansem dalam kalangan anak2 lelaki hasil perkahwinan Hj Omar(Datuk) + Safiah(Nenek).Kalu tak caya tgk gmbr nie.

Ayah Se masih hensem walaupun meningkat umurnya

Dlu bile mak bersalin.. mak akan duduk umah nenek kat Machang, Kelantan. So mungkin kerana itulah  Ayah Se tolong mak jagakan ira n bangun malam2 buatkan susu tok ira(*ooohhhh.. so sweet kan pak sedara ira nie*). Di kesempatan ini, ira nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayah Se yg telah membantu mak menjaga ira time ira kecik2 dlu.. n watkan susu yg sedap n menjdi pak sedara yg best. hehehe.. terima kasih ya Ayah Se.. jasamu tetp ku kenang sampai bile2. Ni beberapa gmbr dlu2 ira n Ayah Se.
Ayah Se dukung saya

Ayah Se tolak stroller masa jalan2 kat Zoo Negara





Baby Nazirah aka Eroh


Baby Nazirah1(*11 Januari 1986*)
baru pandai merangkak ( itamnya )



atas dukung bonda Saniah Omar




Kasut Berteknologi Tinggi

Tara.. inilah kasut yg ira maksudkan.. kasut Skechers ProResistance. satu2nye kasut yg mempunyai rekabentuk khas(*ader 2 pelapik n rekabentuk yg menyokong bahagian tgh tapak kaki*) ini menyokong sendi kita apabila berlari atau berjalan..memandangkan ira mmg ambik jurusan PJK ketika di IPGM. bermacam2 kasut yg pernah ira pakai bermula dari kasut jenama POWER beralih ke kasut berjenama ADIDAS, NEW BALANCE, NIKE semuanyer pernah dipakai.. setiap kasut mempunyai rasa yg berlainan. Namun sejak ira ke ke kedai kasut Skechers di Jusco City Tebrau di Johor, kasut ni mmg the BEST.

Walaupun harganya agak mahal berbanding ADIDAS mahupun NIKE.. (*RM 467*) tapi berbaloi kalu dibeli. Kasut larian profesional SSR ProRESISTANCE yang berkeupayaan tinggi merupakan satu-satunya siri yang menggunakan teknologi tapak tengah RESAMAX yang panjang. Teknologi ini memberi keselesaan dengan perlindungan sendi sepenuhnya. Bahagian belakang yg agak ternaik mendorong kita untuk mudah berlari n berjalalan serta  membantu mengurangkan tekanan dan gegaran pada sendi. Bila ira try pakai ari tue macam rasa tgh berjalan di atas permukaan bantal yg lembut. Kasut SSR ProRESISTANCE merupakan pilihan terbaik untuk semua jenis sukan.Time to say goodbye to kasut Nike Women's Dual Fusion ST 2 .. n say helllo to kasut Skechers ProResistance ni..


Friday, January 27, 2012

Bibliografi Jurublog



Asslamualaikum--->hello--->aloha--->bonjour--->n salam sejahtera semua..tok pengetahuan korang, ni bukanlah blog pertama ira.. sebelum nie ira pernah der blog(*5thn yg lepas*) . Blog tue dbuat khas tok my admire(*skrg dh jadi suami--->wink*wink*), tpi bila dah couple, blog tue trus d delete coz c admire dh tahu smua isi hati+isi perut+isi fikiran..So ni adalah second blog ira tok serius kembali dalam dunia blog yg penuh dgn cabaran ini(*mencabar la sggtt*)

So utk kali pertama ini biarlah kita berkenal-kenalan dlu kan.Bak kata pepatah "TAK KENAL MAKA TAK CINTA PADA BLOG". My name is Nazirah bt. Mohamed Nazir.I'm 26 years old already.My hobbies is reading(*cam budak drjah 1 introduce plak*).Sewaktu kecil ira banyak berpindah sekolah kerana ayah(*ayah kerja sebagai Assistance Distreet Officer*). Ayah sering kali berpindah daerah yg menyebabkan kami adik-beradik tidak akan bersekolah lama di satu-satu daerah.

Ira menerima pendidikan awal di Tadika Bandar Temerloh(*umur 6 tahun).Ira pernah dianugerahkan pelajar terbaik ketika berada di sekolah ini(*syukur pada Allah kerana dikurniakan akal yg cerdas ketika ini*). Kenangan Ira mennyanyi solo time Gradution Day mmg melucukan--->coz kalu diikutkan pendapat kawan2 skrg,ira bukan penyanyi yg ikut tempo pun. :)Kemudian... ira meneruskan pendidikan di SK Tanjung Lalang,Pahang--->kalu x silap, ira sempat bersekolah hanya 3 bulan je kat sekolah nie sebelum berpindah ke SK Bandar Temerloh 1.Kat sekolah ni ira ditempatkan di kelas 1 Matahari.Banyak kenangan yg ader kat sekolah ni.. tapi ira nak post pon dlu cerita menarik tue.

Pada penghujung tahun 1991,ira sekeluarga berpindah balik ke Kelantan.Ayah dah menukar kerjayanye kepada seorang guru d Sultan Ismail Collage(*sekolah tertua di Kelantan)Jadi ira pun pindah sekolah jugak iaitu ke SK Mentuan,Kelantan.Ira bersekolah d sini selama 2 tahun. Pada tahun 1992,ira bersekolah di SK Pengkalan Chepa,Kelantan.Sekolah ni merupakan sekolah anak-anak askar.Ira bersekolah di sini kerana mengikut mak yg dipindahkan untuk mengajar di sini plak(*maknya mak ira tue seorang--->GURU*). Sekolah ni sgt jauh dari rumah, jadi awal2 pagi lagi kami anak-beranak akan ke sekolah coz takut jem plak.Ira belajar kat sini sehingga tamat darjah 3.

Bile dah naik darjah 4,mak pindah sekolah plak ke SK Banggu,Kelantan.jadi ira pun ikut la jugak mak.Ira belajar kat sekolah ni sehingga tamat darjah 6.Keputusan UPSR?---> oooooooooooooooohhhhhh cukup2 makan--->ira dapat 4A 1B(*B tue haruslah Bahasa Inggeris.Kalu ira dapat A,mesti dah lama blog ni guna Bahasa Inggeris ok*)

Kemudian... ira menyambung pendidikan menengah di SMK(A)Melor,Kelantan. bersekolah di sini selama sethun kemudian berpindah ke SMK(A)Tangok(*1 sekolah ng suami i tau.WAH WAH gitu*) Di sekolah ni,ira aktif dalam persatuan Taek Wan Do(ITF) sehingga belt biru+merah. Disebabkan ira terlalu aktif dlm sukan mempertahankan diri ini,keputusan PMR pun taklah secemerlang yg diharapkan. Ira just dapat 4A. Tapi bile dah dpat result cam tue, ira trus memberi tumpuan semua dalam pelajaran. Rajin semua baca buku n ulangkali. So keputusan SPM pun better than PMR la. Ira dapat 7A(*Syukur pada Allah coz kembalikan kecerdikkan aku dalam pelajaran*)

Pastu ira meneruskan pelajaran di peringat university di UiTM Dungun,Terengganu dalam bidang kursus Perakaunan. Tapi sempat bertahan selama 3 bulan sahaja coz ira dapat tawaran pengajian di Maktab Perguruan Kota Bharu,Kelantan dalam bidang Kajian Sosial+Bahasa Melayu+Pendidikan Seni+Pendidikan Jasmani & Kesihatan.Bukan tak minat pada university cuma ira pikir peluang pekerjaan pada masa depan(*Time ni mmg Malaysia tgh gawat lagi*)So belajar lah ira selama 1 1/2 tahun di sini.

Pada tahun 2006 hingga tahun 2009(4tahun, Ira meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan,Besut,Terengganu.Ira meneruskan pengajian dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan + Bahasa Melayu.

Bile dah berpenat lelah belajar, main, baca buku, berjemur tengah panas----> pada 4 Januari 2010 ira pun dipostingkan di SK Seri KOta Puteri, Pasir Gudang,Johor sehingga skrggggg... n tgh menunggu surat dari KPM tuk berpindah ke N9. Tapi tak thu la bile tahunnye. Hahaha..

So begitulah sedikit sebanyak ttg sejarah pendidikan ira sehingga ira berkerja sebagai seorang GURU PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN.. moga2 ira dapat mencapai impian ira tok jadi GURU CEMERLANG PJK.. AMIN