Friday, January 27, 2012

Bibliografi Jurublog



Asslamualaikum--->hello--->aloha--->bonjour--->n salam sejahtera semua..tok pengetahuan korang, ni bukanlah blog pertama ira.. sebelum nie ira pernah der blog(*5thn yg lepas*) . Blog tue dbuat khas tok my admire(*skrg dh jadi suami--->wink*wink*), tpi bila dah couple, blog tue trus d delete coz c admire dh tahu smua isi hati+isi perut+isi fikiran..So ni adalah second blog ira tok serius kembali dalam dunia blog yg penuh dgn cabaran ini(*mencabar la sggtt*)

So utk kali pertama ini biarlah kita berkenal-kenalan dlu kan.Bak kata pepatah "TAK KENAL MAKA TAK CINTA PADA BLOG". My name is Nazirah bt. Mohamed Nazir.I'm 26 years old already.My hobbies is reading(*cam budak drjah 1 introduce plak*).Sewaktu kecil ira banyak berpindah sekolah kerana ayah(*ayah kerja sebagai Assistance Distreet Officer*). Ayah sering kali berpindah daerah yg menyebabkan kami adik-beradik tidak akan bersekolah lama di satu-satu daerah.

Ira menerima pendidikan awal di Tadika Bandar Temerloh(*umur 6 tahun).Ira pernah dianugerahkan pelajar terbaik ketika berada di sekolah ini(*syukur pada Allah kerana dikurniakan akal yg cerdas ketika ini*). Kenangan Ira mennyanyi solo time Gradution Day mmg melucukan--->coz kalu diikutkan pendapat kawan2 skrg,ira bukan penyanyi yg ikut tempo pun. :)Kemudian... ira meneruskan pendidikan di SK Tanjung Lalang,Pahang--->kalu x silap, ira sempat bersekolah hanya 3 bulan je kat sekolah nie sebelum berpindah ke SK Bandar Temerloh 1.Kat sekolah ni ira ditempatkan di kelas 1 Matahari.Banyak kenangan yg ader kat sekolah ni.. tapi ira nak post pon dlu cerita menarik tue.

Pada penghujung tahun 1991,ira sekeluarga berpindah balik ke Kelantan.Ayah dah menukar kerjayanye kepada seorang guru d Sultan Ismail Collage(*sekolah tertua di Kelantan)Jadi ira pun pindah sekolah jugak iaitu ke SK Mentuan,Kelantan.Ira bersekolah d sini selama 2 tahun. Pada tahun 1992,ira bersekolah di SK Pengkalan Chepa,Kelantan.Sekolah ni merupakan sekolah anak-anak askar.Ira bersekolah di sini kerana mengikut mak yg dipindahkan untuk mengajar di sini plak(*maknya mak ira tue seorang--->GURU*). Sekolah ni sgt jauh dari rumah, jadi awal2 pagi lagi kami anak-beranak akan ke sekolah coz takut jem plak.Ira belajar kat sini sehingga tamat darjah 3.

Bile dah naik darjah 4,mak pindah sekolah plak ke SK Banggu,Kelantan.jadi ira pun ikut la jugak mak.Ira belajar kat sekolah ni sehingga tamat darjah 6.Keputusan UPSR?---> oooooooooooooooohhhhhh cukup2 makan--->ira dapat 4A 1B(*B tue haruslah Bahasa Inggeris.Kalu ira dapat A,mesti dah lama blog ni guna Bahasa Inggeris ok*)

Kemudian... ira menyambung pendidikan menengah di SMK(A)Melor,Kelantan. bersekolah di sini selama sethun kemudian berpindah ke SMK(A)Tangok(*1 sekolah ng suami i tau.WAH WAH gitu*) Di sekolah ni,ira aktif dalam persatuan Taek Wan Do(ITF) sehingga belt biru+merah. Disebabkan ira terlalu aktif dlm sukan mempertahankan diri ini,keputusan PMR pun taklah secemerlang yg diharapkan. Ira just dapat 4A. Tapi bile dah dpat result cam tue, ira trus memberi tumpuan semua dalam pelajaran. Rajin semua baca buku n ulangkali. So keputusan SPM pun better than PMR la. Ira dapat 7A(*Syukur pada Allah coz kembalikan kecerdikkan aku dalam pelajaran*)

Pastu ira meneruskan pelajaran di peringat university di UiTM Dungun,Terengganu dalam bidang kursus Perakaunan. Tapi sempat bertahan selama 3 bulan sahaja coz ira dapat tawaran pengajian di Maktab Perguruan Kota Bharu,Kelantan dalam bidang Kajian Sosial+Bahasa Melayu+Pendidikan Seni+Pendidikan Jasmani & Kesihatan.Bukan tak minat pada university cuma ira pikir peluang pekerjaan pada masa depan(*Time ni mmg Malaysia tgh gawat lagi*)So belajar lah ira selama 1 1/2 tahun di sini.

Pada tahun 2006 hingga tahun 2009(4tahun, Ira meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan,Besut,Terengganu.Ira meneruskan pengajian dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan + Bahasa Melayu.

Bile dah berpenat lelah belajar, main, baca buku, berjemur tengah panas----> pada 4 Januari 2010 ira pun dipostingkan di SK Seri KOta Puteri, Pasir Gudang,Johor sehingga skrggggg... n tgh menunggu surat dari KPM tuk berpindah ke N9. Tapi tak thu la bile tahunnye. Hahaha..

So begitulah sedikit sebanyak ttg sejarah pendidikan ira sehingga ira berkerja sebagai seorang GURU PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN.. moga2 ira dapat mencapai impian ira tok jadi GURU CEMERLANG PJK.. AMIN

No comments:

Post a Comment