Home

Showing posts with label Pendidikan Jasmani. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Jasmani. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Contoh Evidens dan RPH KSSR PJ Tahun 3

Salam semua.. selamat pagi dan selamat kembali ke sekolah. Semoga tahun 2013 ni menjanjikan kejayaan dan kecemerlangan kepada kita semua. Kat bawah ni , ira de upload contoh evidens dan RPH KSSR PJ Tahun 3 yang dibuat oleh para pserta Kursus Induksi dan Penyebaran KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 3 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Johor.  Jadi mana2 cikgu yg nak wat in house training or bau belajar nak mengjar KSSR PJ Tahun 3,  bahan ni mungkin membantu anda.. selamat berjaya semua!

Contoh Evidens dan RPH KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download

Wednesday, November 7, 2012

Bahan KSSR PJ Tahun 3

Salam semua.. Ni bahan yang boleh digunakan oleh guru2 untuk wat in house training Kursus KSSR PJ Tahun 3 kat sekolah masing2.  Harap bahan ini dapat memberi manfaat kepada semua guru. Selamat ber'In House Training".

1. PBS - Membudayakan PBS di sekolah Download
2. Konsep KSSR Download
3. Konsep KSSR Pendidikan Jasmani Download
4. Buku Panduan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi Merentas Kurikulum Download
5. Buku Panduan Elemen Kreativiti Merentas Kurikulum Download
6. Buku Panduan Elemen Keusahawan Merentas Kurikulum Download
7. PBS - Contoh Borang Prestasi Murid (Berkelompok/1Kelas) Pendidikan Jasmani Tahun 3Download
8. PBS - Contoh Borang Prestasi Murid (Individu) Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
9. PBS - Pengurusan Kes Khas Download
10. PBS - Mesyuarat JK PBS Sekolah Download
11. Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
12. Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
13. PBS - Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
14. PBS - Contoh Instrumen/Evidens Pendidikan Jasmani Tahun 3 Download
15. Video Backward Roll/Guling Belakang Download
16. Contoh Penulisan Rancangan Pengajaran Harian PJ Tahun 3 Download
17. Taklimat Kecergasan Download
18. PBS - Isu PBS Download
19. PBS - SPPBSDownload
20. Taklimat Umum KSSR Download
21. Taklimat Elemen Merentas Kurikulum Download
22. Lagu Pergerakan Berirama KSSR PJ Tahun 3 Download
23. Contoh Borang Penilaian Pergerakan Berirama PJ Tahun 3 Download
24. Video Pergerakan Berirama - Merry Go Round Download
25. Video Pergerakan Berirama - Round The Clock Download

Tuesday, March 27, 2012

Manual Software SEGAK

Salam semua.. memandangkan skrg ni musim pengisian Data SEGAK Penggal1/2012, jadi ramai jugak la yg bertanya ttg cara nak isi data/markah murid dalam sofware tue.. kat sini ira ader upload buku manual penggunaan sofware tye.. cuma buku ni tok versi lama. tapi masih boleh dipakai. Aper yg penting semasa pengisian data SEGAK.. korang mestilah

1. "Daftar sekolah"(cari kod sekolah, n klik "Kemaskini"- masukkan daerah sekolah masing2)
2.  "Import Data HEM Versi 4"(Pastikan korang dah letakkan folder HEM di folder'C sebelum klik item ini)
3. "Daftar Maklumat Ujian" (buat utk setiap kelas mengikut jantina)
4. Masukkan data seperti biasa
5. Jika perlu tukar kelas murid, klik pada "Kemaskini Data Murid" kemudian klik pada "5.2Tukar Kelas Pelajar"- lakukan pertukaran kelas di situ

Download Manual Pengisian Data SEGAK

Monday, February 6, 2012

Cegah Kanser Tulang


Salam semua.. bercerita ttg kanser tulang ni buat ira teringat pada seorang murid skolah ira. Murid tersebut baru berumur 10 tahun (Tahun 4) tapi tlah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap kanser tulang. Sehingga skrg,murid tersebut masih di hospital bagi menjalani sesi rawatan kanser tulang ni. 

Bila teringatkan ttg kisahnya amat menyedihkan. Kisahnya bermula apabila murid tersebut tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang di depan bilik sukan sekolah. Setelah beberapa minit, murid tersebut masih tidak bangun2 dari longkang tersebut. Guru yang terlihat kejadian itu berasa sungguh pelik dan terus meluru ke arahnya. Guru tersebut menyuruhnya bangun sendiri memandangkan dia guru lelaki. Namun murid itu tidak juga bangun. Ketika dibangunkan dari longkang, murid tersebut meraung kuat. Tidak seperti biasa. Pelik.. sgt pelik. Murid tersebut terus dibawa ke hospital.

Di hospital, doktor mengesahkan bahawa tulang kaki murid tersebut telah patah. Apabila diperiksa, rupanya-rupanya murid tersebut menghidap kanser tulang. Tulang kaki murid tersebut tiba-tiba hilang upaya ketika melangkah longkang. Patutlah murid itu tidak dapat melangkah longkang itu walaupun longkang tersbut sangat kecil dan mampu dilangkah oleh mana-mana murid. Mengikut cerita ibubapanya, murid itu sering mengadu kakinya sakit dan lenguh. Ibubapanya mengganggap ianya perkara biasa dan hanya urutan biasa sahaja diberikan. Setelah kes ini, barulah ibubapanya tahu bahawa anaknya telah lama menghidap kanser tulang.

Bagaimana kanser tulang boleh terjadi? Sememangnya apabila bercakap tentang penyakit tulang, ramai orang terfikirkan penyakit osteoporosis yang menyebabkan tulang rapuh, namun kanser tulang merupakan penyakit tulang yang perlu diambil perhatian. Tambah pula kanser tulang primer lazim terjadi pada kanak-kanak.

Media pada 2001 pernah melaporkan nisbah satu dalam 100,000 penduduk didapati menghidap kanser tulang setiap tahun. Walaupun penyakit kanser ini kurang terjadi berbanding penyakit-penyakit kanser yang lain, namun ia masih perlu dirawat segera sebelum terlambat. Kanser tulang yang lewat dirawat boleh menyebabkan tulang retak dan akhirnya membawa maut.

Menurut Pengarah Perubatan dan Perunding Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Antarabangsa Wijaya, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim A. Wahid, terdapat dua jenis kanser tulang. Pertama, kanser tulang primer bermula daripada tulang manakala kanser tulang sekunder ialah kanser yang merebak ke tulang.
Jenis
Kanser tulang primer biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan individu bawah 30 tahun manakala kanser tulang sekunder pula banyak terjadi kepada orang dewasa dan tua.

“Setakat ini punca kanser tulang terjadi dan bagaimana mekanismenya masih tidak diketahui. Jika kanser yang lain seperti kanser paru-paru ia mungkin disebabkan oleh amalan menghisap rokok. Kanser payu dara pula mungkin disebabkan oleh pengambilan lemak dalam pemakanan,” ujar Mohamed Ibrahim.

Jelas beliau, kanser yang ‘memakan’ tulang akan menyebabkan komposisi tulang kurang padat dan menjadi reput lalu menyebabkan tulang mudah retak. Jika tulang belakang retak seperti dalam kes kanser tulang sekunder, keadaan itu boleh menyebabkan saraf tunjang tertekan atau tersepit sekali gus boleh menyebabkan lumpuh. Mengenai kanser tulang primer, Mohamed Ibrahim berkata, ia paling banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia lapan hingga 12 tahun. Ia masih boleh terjadi kepada orang dewasa namun sangat jarang.Bahagian tulang lutut merupakan antara kawasan yang paling banyak berlaku kanser iaitu kira-kira 60 peratus, diikuti 15 peratus di kawasan punggung, 10 peratus di bahu dan kurang lapan peratus di bahagian rahang.

Antara simptomnya ialah apabila terasa sakit dan bengkak yang semakin membesar pada bahagian tulang yang diserang kanser.“Misalnya, ibu bapa boleh mengesan anak mereka mungkin mendapat kanser tulang dengan melihat terdapat bengkak di bahagian lutut sehingga kanak-kanak itu berasa sakit dan sukar atau bermasalah untuk berjalan. Bengkak biasanya keras kerana ia berpunca daripada bahagian tulang.

“Jika kanser berlaku pada tulang tangan, pesakit mungkin berasa sakit apabila menggunakan lengan tangan ketika melakukan aktiviti menggunakan anggota itu,” katanya. Bagaimanapun, peluang untuk pesakit kanser tulang primer sembuh lebih cerah jika ia masih berada di tahap pertama atau awal. 

Kanser tulang sekunder pula banyak berlaku pada bahagian tulang belakang, tulang rusuk dan tengkorak. Ia biasanya dianggap sebagai kanser tahap empat kerana kanser telah merebak daripada satu bahagian lain ke tulang.

Mohamed Ibrahim memberitahu, kanser tulang primer dan kanser tulang sekunder mempunyai perbezaan karakter dan doktor membezakannya dengan karakter tersebut.

“Jika imbasan sinar-X pada tulang menghasilkan imej seperti sinar matahari pada tempat kanser, itu menandakan kanser tulang primer. Sementara kanser tulang sekunder pula akan menunjukkan gambaran tulang hancur atau berlubang-lubang dengan kesan seperti digigit atau dimakan,” jelasnya.

Rawatan
Berhubung rawatan, Mohamed Ibrahim memberitahu, bagi kanser tulang primer, rawatan sebaiknya yang perlu dilalui pesakit ialah pembedahan, kimoterapi dan radioterapi.

“Kalau zaman dahulu, bila sesuatu tempat itu ditumbuhi kanser, anggota badan itu akan dipotong. Kalau kena pada kaki, kaki akan dipotong. Namun, sekarang tidak radikal lagi. Terdapat pembedahan seperti limb salvage surgery, satu kaedah pembedahan yang hanya membuang bahagian yang terkena kanser dan mengekalkan anggota yang sedia ada. Terdapat juga rawatan tulang prostesis untuk membina semula tulang,” katanya.

Bagi kanser tulang sekunder, rawatan yang sama juga diperlukan namun pesakit turut diberikan rawatan tambahan menerusi pengambilan bisphophanat.Bahan tersebut membantu membaiki tulang dengan meningkatkan aktiviti osteoblast yang bertindak membaiki semula tulang.

“Dalam pertumbuhan tulang, ia melibatkan tindakan dua sel tulang iaitu osteoklast dan osteoblast. Osteoklast bertindak memakan tulang dan osteoblast membina semula tulang. Apabila kanser tulang berlaku, osteoklast bertindak lebih aktif, lalu pengambilan bisphopanat sama ada secara suntikan atau oral membantu meningkatkan aktiviti osteoblast,” ujarnya sambil memberitahu contoh-contoh kanser yang sering merebak ke tulang ialah kanser prostat, paru-paru dan serviks.“Banyak juga kes di mana pesakit hanya mengetahui mereka menghidap kanser lain setelah dikesan mempunyai kanser tulang,” tambahnya.

Jadi.. adalah perlu untuk kita sentiasa berwaspada ttg kesihatan tubuh badan kita.. Jgn lupa minum banyak susu selalu. Amalkan minum susu setiap hari.. Adios..

Saturday, February 4, 2012

Sukan Satu Jihad

Dipetik dari KOSMO (5 Februari 2012)
Ruqaya merupakan atlet wanita Islam yang menutup aurat ketika beraksi pada temasya Sukan Olimpik Beijing
 ‘SUKAN adalah antara jihad umat Islam di dunia’. Agak pelik bunyi kenyataan ini tetapi ia mempunyai pengertian tersendiri.“Ini kerana pengorbanan dan kesungguhan yang dicurahkan atlet demi untuk mengharumkan nama negara di persada dunia sukan adalah satu bentuk jihad walaupun ia tidak sehebat jihad di medan perang,” kata Ketua Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN), Ustaz Mohammad Hasnol Bakar.Dia menambah, definisi jihad jangan disalah anggap kerana ia mempunyai pengertian yang luas.

“Jihad dalam pengertian dunia moden sekarang ialah pengorbanan tenaga yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai kemakmuran dan keunggulan yang mendatangkan manfaat kepada ummah.

“Dan sukan juga adalah salah satu bentuk jihad umat Islam di akhir zaman jika kena dengan niatnya dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam,” jelasnya.

Malah menurut Muhammad Hasnol, sejarah membuktikan bahawa pemimpin agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad sendiri pernah berdakwah mengunakan medium sukan.

“Ini berlaku apabila Nabi telah dicabar beberapa kali oleh ahli gusti dari kaum Quraish di Makkah yang bernama Rukanah Abu Yazid untuk bergusti dengannya dan sanggup memeluk Islam jika Nabi mampu mengalahkannya dalam tiga pusingan.

“Baginda menyahut cabaran itu dan kemudian menewaskan Rukanah. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa umat Islam pada zaman itu mempunyai kekuatan fizikal kerana mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan mereka,” katanya. 

Menurut Muhammad Hasnol lagi, Nabi pernah menyertai sahabat-sahabatnya untuk bermain panah malah pernah berlumba kuda dengan isteri baginda, Siti Aishah.
Menutup aurat tidak menghalang seseorang atlet bersaing untuk mencapai kemenangan
“Bagaimanapun, batas-batas seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sehingga mendatangkan kemudaratan pada jiwa, akal dan emosi perlulah diambil berat agar ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya.

“Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ini tidak menghalang atlet yang menutup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai kemenangan,” katanya.

Ini terbukti pada Sukan Olimpik XXIX Beijing baru-baru ini, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung.
Contoh lain ialah pelari dari Bahrain, Roqaya al-Ghasara yang bertudung tetapi masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006.

Muhammad Hasnol berkata negara Islam perlu menggiatkan sukan di kalangan rakyatnya sendiri dan menjadikan sukan sebagai alat untuk memajukan diri di peringkat antarabangsa.

“Walaupun negara Islam telah mewujudkan Sukan Perpaduan Negara Islam yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 di Arab Saudi namun ia belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan oleh seluruh umat Islam,” katanya. – Bernama

Wanita dan Sukan Mengikut Persepktif Islam

Oleh : Suhaimi Yusuf, Mohd Irham Mohd Zainuddin, Dr Nelfianty Abdul Rashid (Sinar Harian)
25 Disember 2011
 
Bersukan bukanlah aktiviti asing buat mereka yang mementingkan kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan, malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam mempersiapkan kekuatan fizikal.

Selain itu, terdapat hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Muslim bahawa ALLAH SWT lebih menyukai mukmin kuat daripada mukmin lemah. Malah terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan ibu bapa mengajar anak mereka berenang, memanah dan menunggang kuda.

Hal itu turut diberi penekanan Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyah al-Aulad sebagai antara bentuk pendidikan awal kepada kanak-kanak dari sudut pembinaan kekuatan fizikal. Oleh itu, jelaslah bahawa Islam juga sangat menitikberatkan pembentukan jasmani yang sihat sejak kecil lagi.

Sukan merupakan aktiviti yang memiliki banyak kelebihan tidak hanya terhad kepada kebaikan dari segi fizikal dan sosial, malahan psikologi. Kebaikan-kebaikan ini adalah sebagai keperluan asas untuk kedua-dua gender sebagai kaedah bagi memastikan tahap kesihatan fizikal mahupun emosi berada di dalam keadaan terbaik.

Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan, malah sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai aktiviti riadah menyihatkan. Rasulullah SAW turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai senaman yang paling mujarab.

Islam sebagai agama syumul senantiasa mengambil berat mengenai hal ehwal umatnya di samping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung. Walau bagaimanapun, Islam turut menetapkan beberapa syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya bertujuan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki.

Dalam situasi ini, Islam menyediakan garis panduan bertujuan memelihara kehormatan golongan wanita Muslim daripada perkara yang boleh melanggar batas moral dan akidah Muslim.

Fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi Timbalan Pengerusinya, Sheikh Faysal Mawlawi menegaskan bahawa: “Perkara asas yang perlu dititikberatkan seseorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula ialah dari pusat hingga ke lutut. Justeru, selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidaklah menjadi kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki membabitkan diri mereka di dalam aktiviti sukan.

Ketua di Jabatan Usul al Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar, Dr Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi menambah: Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang golongan wanita membabitkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat itu adalah:
  • Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian golongan lelaki.
  • Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
  • Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.
Bersukan dan beriadah merupakan ‘hiasan hidup’. Justeru, berlebih-lebih sehingga mengorbankan perkara-perkara yang menjadi kehendak dan keperluan di dalam hidup apatah lagi jika perkara itu merupakan keperluan asasi adalah berlawanan dengan fitrah Islam.

Bagaimanapun, batas-batas seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sehingga mendatangkan kemudaratan pada jiwa, akal dan emosi perlu diambil berat supaya ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ia tidak menghalang seseorang atlet untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai kemenangan,” katanya.

Ia terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing yang baru berlalu di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung. Contoh lain ialah pelari dari Bahrin, Ruqaya al-Ghasara yang bertudung tetapi masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006.
Homa Hosseini bertanding dalam acara memanah
Ruqaya al-Ghasara
Oleh itu, adalah sesuai dengan syariat Islam sekiranya tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita diasingkan supaya perkara melanggar syariat dapat dielakkan.

“Kita perlu menanam dalam diri dengan perasaan malu. Apabila perasaan malu hilang, maka musnahlah benteng yang menghalang kita melakukan perkara lebih dahsyat lagi sehingga kita bersedia meruntuhkan kehormatan diri,” katanya.

Rancangan Pengajaran Tahunan PJK

Salam semua.. sory coz lmbat upload bahan2 nie. Semoga dengan bahan ini, korang semua bleh berkerja dengan lebih baik dan jayanya

Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KSSR) Download


Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Kesihatan Tahun 1 (KSSR) Download


Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Jasmani Tahun 2 (KSSR) Download


Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 (KSSR) Download


Rancangan Pengajaran Tahunan Pend. Jasmani & Kesihatan Tahun 3 Download


Rancangan Pengajaran Tahunan Pend. Jasmani & Kesihatan Tahun 4 Download


Rancangan Pengajaran Tahunan Pend. Jasmani & Kesihatan Tahun 5 Download


Rancangan Pengajaran Tahunan Pend. Jasmani & Kesihatan Tahun 6 Download


Saturday, January 28, 2012

Kasut Berteknologi Tinggi

Tara.. inilah kasut yg ira maksudkan.. kasut Skechers ProResistance. satu2nye kasut yg mempunyai rekabentuk khas(*ader 2 pelapik n rekabentuk yg menyokong bahagian tgh tapak kaki*) ini menyokong sendi kita apabila berlari atau berjalan..memandangkan ira mmg ambik jurusan PJK ketika di IPGM. bermacam2 kasut yg pernah ira pakai bermula dari kasut jenama POWER beralih ke kasut berjenama ADIDAS, NEW BALANCE, NIKE semuanyer pernah dipakai.. setiap kasut mempunyai rasa yg berlainan. Namun sejak ira ke ke kedai kasut Skechers di Jusco City Tebrau di Johor, kasut ni mmg the BEST.

Walaupun harganya agak mahal berbanding ADIDAS mahupun NIKE.. (*RM 467*) tapi berbaloi kalu dibeli. Kasut larian profesional SSR ProRESISTANCE yang berkeupayaan tinggi merupakan satu-satunya siri yang menggunakan teknologi tapak tengah RESAMAX yang panjang. Teknologi ini memberi keselesaan dengan perlindungan sendi sepenuhnya. Bahagian belakang yg agak ternaik mendorong kita untuk mudah berlari n berjalalan serta  membantu mengurangkan tekanan dan gegaran pada sendi. Bila ira try pakai ari tue macam rasa tgh berjalan di atas permukaan bantal yg lembut. Kasut SSR ProRESISTANCE merupakan pilihan terbaik untuk semua jenis sukan.Time to say goodbye to kasut Nike Women's Dual Fusion ST 2 .. n say helllo to kasut Skechers ProResistance ni..